Monday, October 26, 2015

Warkah Cinta

Assalamualaikum w.w. ya Binti,

Dunia dan Akhirat. Uhibbukum fillah


Semuga Khadeejah dan Zulfaqar sentiasa di bawah petujuk dan pengampunan Nya.

Anakku, pertamanya Walid sangat2 bersyukur pada Allah dgn kurnian Isteri dan  anak- anak yg soleh dan solehah.. Penyejuk hati dan penyejuk mata Walid

Alhamdulillah
Subhanallah..
Allahu akbar
..
..

Berjuta, malah banyak mana pun ucapan Alhamdulillah yang kira mampu ucapkan, tidak akan menandingi  banyaknya nikmat yg Allah telah, sedang dan akan kurniakan pada kita, anakku.


Khadeejah,
Marilah memperbaharui dan memelihara keikhlasan kita, agar segala perbuatan kita sampai kpd Allah.

Bersungguh2lah dalam menuntut ilmu !
Gunakan masa dan tenaga sebaik2nya kerana tak semua orang mendapat peluang berada dalam suasana ini, jika dapat pun, terkadang Allah sukarkan dgn pelbagai cara.

Itupun dgn rahmatNya juga tuk perkuatkan kita. Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.

Khadeejah dan Zulfaqar sedang menjalani hari hari awal dalam rumahtangga,

Binalah baitul muslim ini kerana Allah, nescaya Kakak dan Zulfaqar tak penat dan jemu. Binalah dgn kasih sayang dan saling memahami. Khadeejah sangat sangat beruntung kerana Allah kurniakan Zulfaqar menemani hidup Kakak.



Khadeejah anakku,


InsyAllah jom kita berlapang dada dgn Allah. Dalam kehidupan ini sering Allah adakan beberapa kesukaran. Dgn kesukaran-kesukaran inilah bagi seorang mukmin atau mukminah, hubungan nya dgn Allah akan
lebih rapat,
lebih suci dan bersih,
lebih mesra dan
lebih thiqah..

Anakku, untungnya kita bila AlQuran jadi hiburan dan teman kita, ketika berseorangan atau ketika ramai.. Ketika sibuk atau kesunyian, ketika seronok  ataupun kesedihan

Lebih untung lagi bila Al Quran mampu mengejutkan dan memujuk hati kita utk menjadi hambaNya.

Khadeejah, tahu tak, untungnya Khadeejah bila kita bercita-cita akan menjadi HAMMALATUL QURAN.

InsyAllah, beruntunglah mereka yg memahami makna dan berusaha memenuhi tututan-tuntutan Al Quran

Khadeejah anak sulong Umi,  melihat sendiri bagaimana Umi bermu'ayashah dgn Al Quran... Siang dan malam, berjuang dgnNya, membelaNya, mendirikan pusat pengajian untukNya, mengisinya dgn modul-modul dan buku latihan buatan tangan Umi sendiri.
Tak keterlaluan jika Walid katakan, Umi berjuang sehingga akhir hajatnya dgn Al Quran

Mungkin Umi tak sempat sampai ke tahap mereka yg digelar HAMMALATUL QURAN, namun Umi dah berada di laluannya.

Semuga Allah menerima Umi sebagai kekasih Nya, sebagai As haabul risalah dan HAMMALATUL QURAN.
Dan yg pentingnya, Umi telah perkenalkan laluan ini, mengharunginya dan sekarang meninggalkan laluan ini untuk kita, kepada anak dan menantunya


Anakku
Walid meredhai Umi dan dan setiap anak-anak Walid, selagi mereka mentaati Allah.

Dan Walid sangat mengharapkan pada Penguasa Alam ini, ajan keredhaanNya.

Bantulah walid, doakan dan bersungguhlah dalam study Zulfaqar dan Khadeejah.

Bersungguhlah dgn Al Quran..

Insyallah, walid akan sentiasa doakan anak2 dan menantu Walid mencapai keredhaanNya.

Berusaha adalah tugas kita,  kemudian berserahlah padaNya.


... Uhibbukum fillah ❤
Istanbul Oktober 2015