Thursday, June 7, 2012

Kehidupanku Bersama Palestin


Cita-citaku
                  Kisah kehidupanku dengan Palestin semenjak aku kecil lagi. Aku memang selalu berangan aku di dalam medan peperangan, di mana aku sedang berlawan dengan Yahudi La’natullah. Semenjak aku kecil lagi, aku sudah bercita-cita untuk mati syahid. Alhamdulillah kerana aku dilahirkan di dalam keluarga yang mencintai perjuangan islam serta mencintai tanah Palestin.



                 Dari kecil lagi, aku sudah bercita-cita menjadi panglima perang yang terhebat, tetapi aku tidak boleh, ini adalah kerana dalam islam, wanita tidak boleh menjadi pemimpin bagi lelaki. Jadi sekarang aku bercita-cita untuk melahirkan generasi-generasi yang mencintai perjuangan islam serta menjadikan mereka  sebagai para syuhada’.

                 Aku juga berdoa agar aku diperjodohkan dengan seorang suami yang mati syahid fillah, serta perwatakannya seperti Imam Syahid Hassan Al Banna dan Salahuddin Al Ayyubi. Aku berdoa soal jodoh ini semenjak aku tonton kisah perjuangan mereka. Ramai orang kata, “kamuni baru muda lagi, dah cakap pasal jodoh.” Aku tak kisah apa orang kata asalkan apa yang aku lakukan ini benar, sesungguhnya antara perkara yang penting dalam perjuangan ini adalah menambahkan zuriat yang jelas fikrahnya (ber'ubudiyyah kepada Allah). Aku ingin keluargaku ini lain daripada orang lain, yakni hebat di sisi Allah(suci daripada unsur jahiliyyah), bahagia di dunia dan di akhirat. Dari aku tingkatan dua aku sudah berdoa,”Ya Allah, engkau berikanlah aku anak-anak kandungku yang ramai, yang mana semuanya soleh dan solehah, hafiz,hafizah, cerdik pandai, berjiwa pejuang serta sihat fizikal semuanya.” Dan ditambah lagi tahun ini,” yang terbaik disisiMu Ya Allah”.


Kisah aku dengan masyarakat

              Sehingga kini masih segar ingatanku mengenai hubunganku bersama saudara-maraku mengenai Palestin. Sejak walid dan ummi mengetahui banyak syarikat yang berkaitan dengan Israel la’natullah seperti KFC, Mc Donald, Carrefour, Nestle, dan banyak lagi.
              Sejak itu,kami mula memboikotnya bersama-sama. Walid juga berpesan kepadaku sekiranya kakak dan adik-adik sayangkan Palestin, sampaikanlah perkara ini kepada sepupu-sepupumu serta kawan-kawanmu. Kami mengikut kata-kata walid, tapi mereka semua tidak suka kepadaku, dengan berkata;”ish budakni, semua tak boleh, ni tak boleh tu tak boleh, habistu nak makan apa? Dah semua tak boleh makan?!.”itulah kata-kata yang sering mereka ungkapkan sekiranya aku sampaikan pada mereka; “adakah kamu semua tidak menyayangi saudara-mara kita di tanah Palestine? Dah latu, dalam darah kami ada darah mereka yang mengalir di dalam tubuh kami kerana kami adalah orang yang sebangsa ya’ni berbangsa arab”(di dalam hati kecilku berkata). Rasulullah SAW juga pernah bersabda; "Tidak sempurnalah iman seseorang itu, selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

             Begitu jugalah peristiwaku di sekolah, jikalau aku menegur kawan-kawan tentang barang-barang yahudi, mereka semua memarahiku. Tambahan pula, mereka mengadu kepada guru-guru kami tentang aku. Sebahagian guru-guruku juga memarahiku, kekadang mereka berkata padaku; awakni baru kecil lagi, baru darjah satu, tak payahlah nak nasihat-nasihat  cikgu, cikgu tahulah apa yang cikgu buat. Jadi semua kawan-kawanku tidak menyukaiku, hanya satu dua sahaja kawanku yang sanggup berkawan denganku pada ketika itu.

            Sewaktu itu aku hanya menahan tangisanku, pabila ku pulang dari sekolah, aku menangis di hadapan walid dan ummi. Aku berkata;”ummi,walid, kakak cakap dengan kawan-kawan kakak pasal boikottu, tapi semua tak nak kawan dengan kakak, cikgupun marah-marah kakak.” Walidpun berkata. “Hmm..kakak, mereka semua belum faham lagi...., biasalahtu kakak, dulupun pada mulanya, Rasulullah saw pada mulanya juga, dipulaukan oleh umatnya, tetapi dengan kesabaran baginda, akhirnya sehingga kini ajaran Rasulullah masih berkembang. Jadi Insya Allah, dengan kesabaran kakak, nanti lama-kelamaan  kawan-kawan kakak dengan cikgu mesti faham jugak akhirnya nanti.” “ini hanyalah sementara kakak” Tambah walidku lagi.


Ternyata benar.
          Ternyata benar apa yang dikatakan oleh walid, baru sekarang aku lihat satu dunia mula menyokong Palestin, iaitu pada tahun 2010. Alhamdulillah, dengan kesabaran para pejuang, akhirnya berjaya juga memahamkan masyarakat  tentang isu palestin. Alhamdulillah.

         Pada awal bulan Mei, satu dunia sedang menunggu keputusan relawan-relawan yang terpilih untuk pergi ke Gaza dengan menaiki kapal Mavi Marmara. Pabila ku tahu berita ini, aku terus berdoa dan menggalakkan ayahku untuk sertai mereka.

       Tetapi aku dapat tahu bahawa, siapa yang hendak pergi ke sana mesti cukup syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh NGO IHH, (yang mana NGO tersebut yang mengetuai misi ini). Pabila dilihat semula, ayahku masih tidak mencukupi syarat-syarat tersebut, tetapi dengan keazaman yang kuat dan pengharapan pada Allah, ayahku tetap menghantar namanya di IHH.

       Ayahku tetap hantar namanya adalah kerana beliau yakin pasti dia akan dipilih, kerana dia telah bermimpi bahawa beliau telah sampai di tanah palestin dengan mudah, serta dengan mudah juga beliau pulang ke tanah airnya. Tambahan pula, misi ini memang memerlukan orang yang boleh berbahasa Turky, kerana orang-orang Turky tidak tahu bahasa lain selain daripada bahasanya sendiri. Jadi dengan kesempatan ini, beliau sahaja orang yang fasih berbahasa turkey, kerana walid pernah berada dibumi Turky hampir 10 tahun.

     Saat yang mendebar-debarkan dan menjadi persoalan di dalam diriku ialah, siapa sahaja yang terpilih? Adakah walid terpilih? Persoalan-persoalan ini sering bermain di dalam fikiran kami. Ummi dan adik-beradikku, sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada walid agar meneruskan perjuangan beliau. Kami juga tidak lupa berdoa agar walid terpilih di dalam misi ini.

     Pada hari Jumaat, iaitu hari yang ditunggu-tunggukan, Alhamdulillah akhirnya ayahku terpilih untuk menyertai dalam misi ini, iaitu misi LL4G. Walid terpilih kerana beliau sahaja yang fasih berbahasa Turky. Ummi berkata;”ini semua ialah ketentuan Allah, Allah memang sengaja memilih walid untuk pergi.”

BAGAIMANA PERASAANKU SEWAKTU WALID BERITAHU SAYA BAHAWA DIA AKAN PERGI KE GAZA.

           Sewaktu itu, aku dan keluarga terlalu gembira dengan pemilihan walid. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana telah memilih walid dan aku terus berdoa agar walid mendapat syahid fillah. Aku juga bertanya pada walid; "Walid, adakah walid bersedia untuk syahid?”. Ibuku terkejut apabila mendengar soalanku itu, tetapi walid tidak menjawab soalanku dengan kata-kata tetapi walid menjawabnya dengan satu senyuman yang terukir dibibirnya...

           Sehari sebelum ayahku perigi ke Gaza, aku menangis satu malam, kerana takut aku tidak dapat melihatnya lagi. Aku juga takut walid mati di sana selain daripada syahid fi sabilillah. Jadi dengan itu, aku memohon kepada Allah, sekiranya walid mati, Engkau matikanlah dia dengan syahid fi sabilillah. Kemudian, aku menelefon sahabatku Asmaa Nadhirah.., "bahawa aku takut. Sekiranya walid mati, aku lah yg akan menanggung keluarga ku.. sedangkan aku baru tingkatan 3, dan tambahan pula aku seorang perempuan, maka dari manakah aku mencari makanan dan duit pada keluarga..sedangkan umi sakit". Alhamdulillah..,Sebelum ku lelap, aku dapat hentikan tangisanku dan aku berkata pada diriku sendiri bahawa Allah menjaga kami semua.   
  
...............................



          Selepas pulang dari sekolah, kami sekeluarga bersiap untuk pergi ke lapangan terbang KLIA tapi walid masih tiada di rumah, kerana ada urusan penting yang mesti diselesaikan.

        “Ummi, dah nak maghrib ni, walid tak sampai-sampai lagi. Kan nanti kita kena bertolak dari rumah  selepas maghrib? Sebab Pak Cik Noorazman” kata aku pada umi. “Ya Allah, dah lah walid punya beg tak siap lagi, macam mana ni?” kataku dalam hati.

           Tidak lama kemudian walid pun sampai, kami juga bertungkus-lumus bersiap, ada yang membantu walid ada juga yang mengurus Muhamadani. Setelah kami selesai solat maghrib, dengan segera kami semua keluar daripada rumah menuju ke destinasi yang hendak di tuju.

          .........................



       Dan  sekarang sudah tiba masa untuk walid berangkat pergi. Aku tidak tahu sama ada aku dapat bertemu lagi dengan walid ataupun tidak, mungkin kali ini kali terakhir untuk aku bersamanya.

bersambung...,

5 comments:

  1. Salam 'alayk,adik sayangfillah..
    Subhanallah..Perkongsian yang amat menyentuh hati..Barakallahu fik..
    Teruskan bertinta..Moga dengan tinta yang dilakar dapat membajai kefahaman pada jiwa2 yang menatapnya,bi iznillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ya Mahbubati fillah..,
      Insya Allah, mohon dorongan dan doa agar diri ini istiqamah dan ikhlas dalam mehnah jihad fisabilillah ini.nya Semoga ia bermanfaat pd yang membaca, dan pengajaran pd semua umat islam....terutama yang sedang memperjuangkan yg hak!

      Delete
  2. Hebat. Anda sangat beruntung..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete